UH EDU HUB Official Portal

Kerjasama antara UH EDU HUB RESOURCES dan MUAFAKAT MRSM MUAR

Program semasa cuti sekolah ini adalah kerjasama antara UH Edu Hub Resources dan Muafakat MRSM Muar dengan sokongan fasiliti daripada UiTM Shah Alam dan Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi USM, Pulau Pinang bagi menyantuni keperluan pelajar yang berusaha untuk cemerlang dalam peperiksaan SPM dan IGCSE.

Guru Berpengalaman

Kelas tambahan untuk pemantapan persediaan pelajar SBP, MRSM dan sekolah berasrama semasa cuti sekolah untuk peperiksaan besar mereka untuk silabus KSSM (SPM) dan IGCSE oleh para guru berpengalaman dan pakar dalam subjek masing-masing

Persekitaran Pembelajaran

Lokasi di IPTA sebagai pemangkin semangat pelajar yang menyertai untuk fokus dan mengambil aura pelajar varsiti seterusnya menimbulkan minat dan cita-cita untuk cemerlang SPM sebagai tiket melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti terlibat.

Smart Classroom

Suasana dan penggunaan kemudahan di Smart Classroom juga menerbitkan stimulasi pelajar untuk lebih fokus dan menikmati pembelajaran dengan lebih santai dan berimpak optimum.

Shopping Cart